Monday 10 October 2011

computer application

tips cinta


cinta sejatiSelamat Hari Malaysia kepada semua. Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat dan sentiasa bersedia untuk menempuh cabaran hari esok. Hari ini pula, saya ingin kongsikan 10 strategi atau cara yang sering orang gunakan semasa berada di dalam keadaan terdesak atau desperate untuk memenangi hati pasangan mereka.
1. Pertama adalah berjanji (reassurance). “I dah berubah, tak ‘control’ lagi macam dulu. Tak sanggup nak ada skandal lagi. Percayalah”, dan sebagainya. Tujuannya untuk menagih simpati dan kepercayaan (yang memang dah goyah). Sure gagal!
2. Strategi kedua adalah mengucapkan “I cinta pada u (insert: nada anda sendiri)” dengan terus menerus. Sure gagal!
3. Strategi ketiga adalah berharap (berlainan dengan berdoa, ingat : doa + usaha yang betul = hasil). Inilah yang dikatakan wishful thinking. Kalau nak memancing, carilah tempat yang ada ikan. Ikan tidak akan muncul jika anda memancing di kolam hiasan yang tiada ikan tidak kira harapan anda setinggi gunung pun. Sure gagal!
4. Strategi keempat adalah menggunakan pertengkaran (perdebatan?), reasoning dan seumpamanya. Tujuannya untuk mengubah perasaan dan perbuatan pasangan. Sure gagal!
5. Strategi keempat sering kita lihat dalam drama atau di kolej/tempat kerja. Merekrut penyokong untuk menyebelahi kita. Sampai meluah di page facebook mak bapak pasangan pun ada. Sure gagal!
6. Strategi kelima adalah menjadi pelakon terbaik sebagai seorang yang depress. Makan tak lalu, air mata tidak putus-putus dan bila bosan, buat posting di facebook untuk menunjukkan kepada kawan-kawan , “Akulah insan paling malang di dunia“. Ingat nak mendapat simpati, tapi menjauhkan si dia lagi adalah. Sure gagal!
7. Strategi ketujuh adalah menggunakan senjata semulajadi iaitu anak-anak. Ini sama seperti strategi no. 5, umpama boomerang yang akan menghantuk kepala sendiri. Sure gagal!
8. Strategi kelapan adalah melakukan perkara yang biasa kita lakukan : menyalahkan orang (blaming). Seorang pakar psikologi pernah berkata, “ Intipati untuk ketidakpuasan hati boleh disimpulkan oleh satu ayat : menyalahkan orang lain“. Sure gagal!
9. Strategi kesembilan : Pessimism. Kita sering cenderung menjadi pessimist, “Aku takkan berjaya. Kau tak kenal isteri aku, dia jenis yang degil. Dia takkan mengubah keputusannya“. Takkan berubah?? . Dulu dia cakap nak sayang kau selamanya tapi sekarang nak berpindah ke rumah lain pulak. Dia memang telah mengubah keputusannya. Sure gagal!
10. Exaggeration atau melakukan sesuatu dengan terlampau lebih atau terlampau kurang dari keadaan asal. Boleh dikaitkan dengan strategi menyalahkan orang lain juga. Memang dia sahaja yang paling malang di dunia ini. Ramai lagi pembaca Seni Selamatkan Cinta mengalami situasi yang lebih sukar.
Strategi seperti di atas menunjukkan kita ni manusia biasa. Itulah yang semulajadi, tak sempat nak berfikir dengan mendalam. Bak kata pemikir strategi perang zaman dahulu, Sun Tzu, ” If ignorant both of your enemy and yourself, you are certain to be in peril.” (translate sendiri ye :) ).
Anda mesti bertanya, jika yang di atas bukan caranya untuk mendapat kembali kasih si dia. Apakah cara yang sebenarnya yang terbukti 100% berkesan?
Itu saya serahkan kepada anda untuk sumbangkan di blog ini untuk tatapan pembaca-pembaca lain. Anda boleh kongsikan strategi yang pernah anda guna sama ada berkesan atau tidak berkesan untuk kita sama-sama komen. Kepada yang berkongsi strategi unik dan berkesan, saya akan personally hubungi anda, dan mempelawa anda untuk menulis kaedah special anda ini di posting akan datang :)
Thanks kepada anda semua yang terus menyokong Blog Senicinta. Saya percaya, ada yang sudah bosan melawat blog cinta lain yang asyik-asyik diisi dengan puisi cinta yang tidak mengubah nasib anda, tetapi kurang ‘substance’ atau intipati tips cinta sebenar. Well, jika anda nak isi sebenar, di sinilah tempatnya.   Bye, jumpa lagi

feeling not well

smlam aku bukan berada dbumi yg nyata..
perasaan lemah menyelubungi diri ini...
entah kenapa aku jadi begitu..
lemah kesuluruhannya...
aku perlukan dia....mama..abah...
tapi.aku ada pnggantinya disni..
insan yg b'gelar sahabat..
jadi,bnarlah,sahabat mmg dperlukan tika kita susah dan sng..
perasaan t'haru masih lg menyelubungi diri ini...
tidak thu bagaimana aku ingin m'balas jasa baik mereka..
aku t'fkir skiranya mereka tiada dsisiku...
aku buntu tanpa mereka...
disegenap sanubari ini,
aku hanya mampu mengucapkan jutaan trime kasih buatmu shabat..
yg mnjaga aku..sanggup berkorban masa tidur kalian dek krn ingin m'jge aku...
akhirnya,hanya ALLAH s.w.t yg mampu m'blas jasa kalian..
smoge p'shabatan ini trus kita abadikan hingga hjung nyawa...
INSYAALLAH..................

ilmu perlu dikongsi...

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-1. kita ingat 10 % apayang dibaca
-2. kita ingat 20% apa yang didengar
-3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
-4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.

-1. pastikan cahaya adalah terang
-2. kurangkan gangguan bunyi
-3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-5. kerusi dan meja menghadap kiblat
-6. jangan lupa untuk senyum
7. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
8. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
9. Tahu teknik merangsang memori:
-1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
-2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
-3. mengingat kembali (recall)
-4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
10. Sentiasa awal dan mendahului:
-1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
-2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
-3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
-4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
13. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
14. Mempunyai teknik membaca yang betul:
-1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
-2. memberikan tumpuan sepanuhnya
-3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
16. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
17. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
18. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
19. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
20. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
21. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
22. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
23. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
24. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
25. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
26. Tahu petua mengulang kaji
-1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
-2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
-3. duduk tegak dikerusi yang selesa
-4. baca doa penerang hati
-5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
-6. fikir dan ingat kembali isi utama
-7. catat/lakar
-8. semak semula ketepatan maklumat
-9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
-10. buat rumusan
-11. jawab soalan
-12. tampal maklumat yang rumit di dinding
-13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
28. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
29. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
-1. jangan makan kepala ikan
-2. jangan makan organ dalaman
-3. jangan minum semasa makan
-4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
-5. jangan melihat kemaluan
-6. jangan melihat buih
-7. jangan membaca nama pada batu nisan
-8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
-10. banyakkan makan kekacang
-11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
-12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
-13. jangan kencing berdiri
31. Tahu kemahiran mengingat:
-1. tampal nota-nota penting di dinding
-2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
-3. gunakan kaedah akronim
-4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
-5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
33. Cekap mengatur jadual belajar:
-1. mempunyai jadual belajar
-2. patuh kepada jadual
-3. buat jadual yang boleh diikuti
35. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
36. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
37. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
38. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
39. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
40. Pelbagaikan tempat belajar.
41. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
42. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
43. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
-1. taat kepada Allah
-2. mendirikan sembahyang
-3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
-4. hormati & sayangi guru
-5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
-6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
-7. membantu rakan yang memerlukan
-8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
-9. sentiasa bertawakal
-10. mahir dalam setiap mata pelajaran

Monday 26 September 2011

when i start again...

don't know what to share here..
for this week i'd register many society and club..
such as..pembimbing rakan siswa/i
kelab memanah
unit kebajikan pelajar
kelab pengacaraan artisukma
kelab permata...and others
totally forgot it..



sekapur sireh..

hello!!!!!
i'm mohd zulfiqar bin mohd nor from terengganu. now, i'm stdying in national university of malaysia. before i'm continue stdying here,i'm finished my studied from kedah matriculation college for 2010/2011. i take bussiness adminstration here for the first year n i'll take accounting as my major for second year. i'm from keris mas college. i'm lucky to continue my stdy here. i'll make my parents proud of me.